Ikhwan Kajian yang selalu mendapat keberkahan. Informasi atau opini terkadang membuat
kita berdetak kagum dan bangga dengan info tersebut. Dan tidak sadar pula kita kadang selalu terpengaruh akan kata dan bujuk rayuannya.Namuan dengan adanya BHG 1 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’ kita bisa mencari celah kebenaranya tanpa adanya sifat menyalahkannya. Namun hanya mencari letak dasar kebenaranya itu sendiri.
BHG 1 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’ mengajak kita untuk berfikir untuk menambah khasanah keilmuan kita.Dengan adanya kajian tentangnya kita mengerti yang benar dan yang salah.Jadikan memontum ini untuk menguatjan kita.Dan pastikan pula kita selalu mawas diri dalam menghadapi setiap problematik kehidupan kita.Dan selu berhati hati dalam menyikapi segala sesuatunya.
Sepanjang hampir lebih 500 tahun, Kewujudan raja-raja Melayu yang Islam, sebahagian dari mereka ada yang memiliki ilmu agama setaraf dengan para ulama.Maka zahir di zaman mereka kemajuan dan kekuatan ummah sehingga kerajaan Melayu di bawah naungan raja-raja yang memiliki wilayah kekuasaan yang begitu luas dan kuat. Kerajaan Melayu Islam Melaka@ 1200-1400M menguasai seluruh kepulauan Nusantara dari Kampuchea,Brunie,Filipina,Jawa,Sumatera dan seluruh Tanah Melayu, dalam kata lain mereka hampir-hampir menguasai seluruh Negara-negara Asean ketika ini. Kekuatan tentera Melaka amat digeruni oleh raja-raja Burma dan Thailand, sekalipun raja-raja tersebut amat terkenal dengan kekuatan dan kegagahan hulubalang mereka. Raja Burma bukan sahaja menguasai Burma dan Thailand malah hamper mengusai keseluruhan Kampuchea,Vietnam dan Laos. Begitu juga di zaman Kerajaan Melayu Islam Aceh di bawah Sultan Iskandar Mahkota Alam @1600 Masehi.Kerajaan Aceh berjaya menyekat pengaruh Belanda dan Portugis di Nusa Tenggara. Kekuatan tentera barat masa itu mampu di sekat oleh kekuatan imam Sultan Aceh dan rakyatnya. Kerajaan Islam di Jawa yang di asaskan oleh Wali-wali Songgo, mereka menguasai hampir keseluruhan Kepulauan Indonesia. Raja-raja ini berjaya mengukuhkan kekuasaan mereka berlandaskan Al Quran dan Sunnah.Kekuatan Raja-raja Melayu Islam jauh lebih kukuh dan ampuh dari para pemimpin Melayu yang mendukung sekularisma mutakkhir ini.
Di zaman Melaka telah lahir beberapa orang sultan yang alim dan warak antara nya Sultan Alauddin Raiyaat Shah,Sultan Mansur Shah, begitu juga beberapa bendahara yang sangat alim. Sultan Mansur Shah sangat memuliakan para alim ulama sambil mendalami ilmu agama hingga berupaya mendalami ilmu tasawuf. Sultan Mansur Shah turut memuliakan alim ulama apabila kitab Ad Darrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak diarak dengan penuh penghormatan dari kapal sampai ke balairong seri, kemudian baginda datang sendiri berguru dengan Maulana Abu Bakar. Baginda menitahkan pula supaya kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Pasai oleh Makhdum Patakan. Dalam banyak hal keagamaan, baginda lebih suka merujuk ke Pasai kerana negeri itu lebih dahulu di dalam segi agama. Kanun undang-undang Melaka dikatakan mirip kepada keislaman di susun oleh Qadhi Melaka ketika itu ialah Sayid Yusof bin Syed Abdul Aziz yang telah berjaya mengukuhkan kedudukan perlembagaan Islam di Melaka.Pendek kata zaman baginda, Melaka sampai puncak kegemilangannya kerana diperintah oleh raja yang berilmu, adil dan pencinta agama. Tambahan pula ada pembantu-pembantu negara seperti Paduka Bendahara Tun Perak dan para hulubalang seperti Hang Tuah.Menurut satu catatan lama, Laksamana Hang Tuah mengamalkan Tarekat Syazaliyah
Pada akhir kurun ke 16 atau lebih tepat sekitar tahun 1590, lahir seorang raja di Pahang yang sangat mengambil berat berkenaan dengan agama Islam. Baginda bukan saja mempastikan keluarga baginda memiliki ilmu agama yang tinggi tetapi juga baginda berusaha melaksanakan perundangan Islam sebagai perlembagaan tertinggi di dalam pemerintahan baginda. Ketinggian ilmu yang dimilki oleh Puteri Kamariah iaitu permaisuri kepada Sultan Mahkota Alam,memperlihatkan satu sudut ketinggian ilmu agama di Pahang pada masa pemerintahan baginda. Sultan Abd Ghafur Mahyuddin Shah merupaka sultan Pahang yang pertama berusaha menwujudkan Hukum Kanun Pahang, Baginda di dalam usaha ini bukan saja menyusun untuk negeri Pahang tetapi juga baginda menjemput para sultan dan ulama dari Kedah,Perak Patani dan Berunai untuk bekerjasama menjayakan usaha ini.Bagi mengeratkan hubungan Pahang dengan Patani sebuah negeri yang kaya dengan ulamak,baginda telah mengahwini salah seorang puteri dari negeri tersebut.
Pada pertengahan kurun ke 17,lahir seorang sultan yang gagah perkasa di Aceh, sultan yang berasal dari Pahang ini diberi gelaran Sultan Iskandar Sani menganttikan Sultan Mahkota Alam. Sultan Iskandar Sani seorang sultan yang melantik penasihat dan mufti bagi Aceh Darul Salam bernama Syeikh Nuruddin al Raniri, Beliau seorang mufti yang sangat alim dan tegas. Mufti ini dilantik atas kapasiti keberanian beliau menegur segala tindak tanduk raja.Mufti yang berani mencegah kemungkaran dan menegakkan keadilan. Sultan Iskandar Sani @ Raja Ahmad, disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu,merupakan seorang raja yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi, sangat menghormati para pembesar dan sentiasa mengambil pandangan dari mereka dalam segala keputusan yang di ambil.Perlantikan beliau sebagai Raja Aceh dapat mengukuhkan kerajaan ini dari serangan Portugis dan Belanda.Baginda juga Berjaya menyekat pengaruh Spanyol di Filipina.Di zaman baginda perkembangan ilmu agama semakin maju sehingga Aceh di sebut “Negeri Serambi Mekah”.Baginda mengetuai beberapa kali serangan Aceh ke atas Melaka bagi membebaskan Melaka dari cengkaman Portugis.
Pada akhir kurun ke 18, lahir seorang anak raja dari Riau yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi ,beliau ialah Raja Ali Haji. Walaupun tdak pernah menjadi raja dalam ertikata sebenarnya namum beliau telah dilantik menjadi putera Mahkota kerajaan Riau untuk beberapa lama. Nama lengkap beliau ialah Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji Al-Syahid fi sabilillah bin Upu Daeng Celak, nama beliau lebih masyhur dengan sebutan Raja Ali Haji saja. Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-Johor dan Pahang. Raja Ali Haji dilahirkan oleh ibunya, Hamidah binti Panglima Malik dari Selangor, tahun lahirnya tercatat pada 1809. Pada tahun 1822 sewaktu ia masih kecil, ia pernah dibawa oleh orang bapanya ke Betawi@Jakarta. Ketika itu orang tuanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Raja Riau untuk bertemu dengan Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad mengikut bapanya yang menjadi utusan (kerajaan Riau) ke Jawa itu, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk bertemu dengan ramai para ulama bagi memperdalam pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fekah. Di antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar Ilmu Falak ketika berada di Betawi.
Pada tahun 1827/1243H Raja Ahmad pergi ke Mekah, puteranya Raja Ali Haji ikut serta. Raja Ali Haji terus tinggal dan belajar di Mekah untuk suatu masa yang agak lama. Ia bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Ketika hendak pulang Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya bersedia pergi ke Riau, menurut rencananya jika mendapat persetujuan akan dijadikan mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah di Mesir, Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu mengajar agama Islam. Raja Ali Haji bergelumang di dalam dunia pendidikan agak lama sehingga Berjaya menghasilkan karya dalam jumlah yang agak banyak.. Dikatakan bahawa beliau telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji memang berkemampuan tentang berbagai-bagai ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya. Senarai karangan Raja Ali Haji yang telah diketahui adalah seperti yang berikut:
* Kitab Bustanul Katibin li Shibyan al- Muta'allim tahun 1267 H/1850M
* Kitab Pengetahuan Bahasa, tahun 1275 H/1858M
* Kitab Jauharat’ ul-Maknunah, dinamakan juga Siti Shiyanah Shahibul Futuwah wal Amanah
* Kitab Tuhfath al- Nafis, 3 Syaaban 1282 H/1865M
* Kitab Muqaddimah fi Intizham.
* Risalah Tsamarat al- Muhimmat ,pada 10 Syaaban 1275H/1858M
* Salasilah Melayu dan Bugis, 15 Rabiulakhir 1282H/1865M
* Syair Hukum Nikah atau Syair Kitab an-Nikah atau Syair Suluh Pegawai
* Syair Sinar Gemala Mustika Alam.
* Syair Sultan Abdul Muluk, hari Rabu, 8 Rejab 1262H/1846M.
* Gurindam Dua Belas, tahun 1846M.
bersambung ke bhg ke 2
Judul :
BHG 1 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’
Link :
BHG 1 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’
Artikel terkait yang sama:
BHG 1 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’
0 Response to "BHG 1 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’"
Posting Komentar