BAHAGIAN PERTAMA: MEMAHAMI ISLAM DI PERLIS : KAUM MUDA BUKAN WAHABI.

Ikhwan Kajian yang selalu mendapat keberkahan. Informasi atau opini terkadang membuat kita berdetak kagum dan bangga dengan info tersebut. Dan tidak sadar pula kita kadang selalu terpengaruh akan kata dan bujuk rayuannya.Namuan dengan adanya BAHAGIAN PERTAMA: MEMAHAMI ISLAM DI PERLIS : KAUM MUDA BUKAN WAHABI. kita bisa mencari celah kebenaranya tanpa adanya sifat menyalahkannya. Namun hanya mencari letak dasar kebenaranya itu sendiri.

BAHAGIAN PERTAMA: MEMAHAMI ISLAM DI PERLIS : KAUM MUDA BUKAN WAHABI. mengajak kita untuk berfikir untuk menambah khasanah keilmuan kita.Dengan adanya kajian tentangnya kita mengerti yang benar dan yang salah.Jadikan memontum ini untuk menguatjan kita.Dan pastikan pula kita selalu mawas diri dalam menghadapi setiap problematik kehidupan kita.Dan selu berhati hati dalam menyikapi segala sesuatunya.


Latarbelakang Kaum Muda:

Negeri Perlis mula di tubuhkan pada pertengahan tahun 1800 bilamana Sultan Kedah memberi kuasa kepada Raja Syed Hussien Jamalullail(1843-1873) menubuhkan kerajaan  di sana. Pada zaman Pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943) termaktub di dalam perlembagaan Perlis bahawa Negeri Perlis berlainan dengan lain-lain negeri di Malaysia, mereka menerima pakai empat mazhab di dalam Islam bukan hanya tertakluk kepada Mazhab Asyafiee semata-mata.Ini menjadikan Negeri Perlis menjadi negeri pertama yang tidak berpegang dengan Mazhab Assyafie dan menolak berpegangan kepada Ilmu Tauhid Sifat Dua Puluh. Dari keadaan ini,ramai dari kalangan rakyat menyangka bahawa Negeri Perlis berpegang kepada fahaman Salafi dan menghukum mengikut pendapat-pendapat Mohamad Abd Wahab @ Wahabi.Sebenarnya cubaan beberapa ulama muda menjadikan Negeri Perlis sebagai negeri berasaskan wahabiyaah ada lah satu percubaan yang menyimpang dari matlamat asal dari apa yang termaktub di dalam perlembagaan negeri tersebut.

Sejarah perjuangan Kaum Muda di Perlis telah bermula seawal lebih kurang pada awal tahun 1900. Pada peringkat awal kegiatan ini tidak mendapat sambutan dari penduduk Perlis kerana Negeri Perlis dilingkungi oleh Negeri Kedah dan Negeri Patani yang terkenal dengan para ulamak yang sangat kuat memegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengamalkan mazhab fekah Imam Asyafiee.Negeri Perlis di datangi oleh para pengikut Syeikh Haji Karim Amrullah iaitu bapa kepada Hamka. Sy Abd Karim ada mendirikan sebuah pasentren bernama Thawalib di Sumatera Barat, pelajar-pelajar beliau di hantar ke seluruh  Nusantara untuk menyampaikan fahaman Kaum Muda termasuk di Perlis, sementalah pula di Pulau Pinang telah wujud sebuah sekolah Kaum Muda yang bernama Madrasah al Masyhur.Ramai pelajar-pelajar dari Perlis datang belajar ke sekolah ini.Sekolah-sekolah yang didirikan oleh Kaum Muda mendapat sambutan orang ramai kerana sekolah-sekolah ini lebih bersistem dan kefahaman murid lebih cepat dari system pondok yang lama. Sistem yang di ambil dari Mesir dan Turki ini seakan-akan sIstem sekolah yang ada pada masa kini.Kaum Muda bukan lah mengambil perjuangan Wahabi dari Mekah sebalik nya mereka ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar Nusantara yang terpengaruh dengan ajaran yang disibarkan oleh Syed Qutub,Muhd Abduh, Ahmad Syakir dan Hasan Banna dari Mesir.Apabila mereka ini pulang ke Nusantara ,golongan ini banyak menceburkan diri di dalam bidang ekonomi,persuratkabaran,mendirikan persatuan Islam dan mendirikan sekolah-sekolah modern.Kaum Muda memulakan kegiatan mereka di Nusantara seawall tahun 1880 sedangkan Kerajaan Saudi yang membawa fahaman Wahabi hanya baru muncul pada tahun 1920.

Pada awal abad ke 18 @1700 Masehi, lahir beberapa gerakan pembaharuan di beberapa Negara Islam seperti di Afghanistan, Mesir,Turkey,Iran dan Saudi Arabia.Di Afghanistan lahir tokoh terkemuka yang membawa faham Pan Islam ia itu satu aliran perubahan yang cuba membawa kembali umat Islam ke bentuk pemerintahan Khalifah Islam bukan nya system raja sebagimana di Saudi Arabia. Bagi Jamaluddin system beraja banyak membawa keburukan kepada nasib umat Islam. Di India pula lahir pula tokoh bernama Syed Ali yang membawa fahaman secular Islam. Bagi beliau, umat Islam tidak akan berjaya kembali ke zaman keagungan kecuali mereka merubah diri mengikut tamadun barat,mempelajari segala yang ada dibarat dari segi ilmu,falsafah,sains,sosiolagi,ekonomi dan sebagai nya.Bagi mereka golongan Sunni dan Syiah hendaklah bersatu semula;masalah bertentangan antara Sunni dan Syiah hendaklah di selesaikan. Bagi kaum wanita pula hendaklah diberikan hak-hak untuk maju sebagaimana kaum lelaki seperti mendapat hak belajar dan berkerja.  Sebab itu di dalam tulisan-tulisan dari Kaum Muda di awal tahun 1900 menekankan kepada emansipasi wanita. Manakala di Arab Saudi pula lahir seorang tokoh agama yang cuba membawa umat Islam kembali ke cara fahaman di zaman Rasullulah dan Para Sahabat.Mereka berpendapat bahawa kemuduran Umat Islam dewasa ini kerana mereka meninggalkan ajaran asas dari Rasulullah, mencipta perkara-perkara bidaah dan khurafat, golongan ini sangat menyalahkan golongan Syiah, tawasuff dan tarekat yang menjadikan umat Islam berpecah dan mundur. Ketiga-tiga idea yang berbeza ini berlainan method dan cara fikrah mereka tetapi mempunyai hala tuju yang sama iaitu ingin membawa Umat Islam kepada keagungan dan kemajuan.Patut diingat  beberapa idea-idea  dari apa yang diperjunagkan seakan-akan yang sama dari segi pemikiran keagamaan ; seperti hanya pegang kepada hadis yang sahih sahaja, tidak memakai mazhab tertentu,memakai pendapat kuat di dalam mazhab empat, membuat tafsiran-tafsiran baru terhadap al Quraan.  Mereka cuba melepaskan umat Islam dari ikatan tasawuff dan amalan sufi.Namun dari segi pemikiran politik dan hak-hak kemanusiaan sangat berbeza.

Perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu adalah berubah-ubah mengikut keadaan dan masa, pada akhir tahun 1800 hingga awal tahun 1920, Kaum Muda di Malaysia banyak di pengaruhi oleh ulama di Mesir seperti Mohd Abduh dan Rasyid Redha,tokoh-tokoh ini lahir dari idea Pan Islamik yang di bawa oleh Jamaluddin Al Afghani. Pelajar-pelajar dari Tanah Melayu yang mengaji di Mesir membawa balik idea-idea baru bagi tujuan mengubah pemikiran dan sikap Orang Melayu. Mereka bukan sahaja membawa idea pemikiran baru malah bercampur dengan mazhab yang di terima pakai di Mesir iaitu Mazhab Hanafi/Maliki yang berbeza dengan Mazhab sedia ada di Nusantara.Perkara ini menyebabkan pertembungan pendapat dengan golongan ulama yang sedia ada. Selepas kejayaan Bani Saaud menduduki takhta Kerajaan Arab dengan menguasai Kota Mekah dan Medinah dengan pertolongan British, cara dan pembawaan Kaum Muda juga sudah berubah. Mereka banyak merujuk pendapat kepada mazhab dan akidah yang di bawa oleh Pemerintah Saudi iaitu mengikut Mazhab Hambali dan Akidah Salafi.Hal ini berlaku dalam tahun 1930 hingga kini, Oleh itu kita dapati pembawaan yang di bawah oleh Dr Hamka adalah berbeza dengan ayahndanya yang mana Dr Hamka lebih banyak di pengaruhi oleh Wahabi sedangkan bapanya menerima pendidikan di zaman kekuasaan Turkey.

Begitu juga di Perlis, dari zaman Hassan Surabaya hingga ke zaman SyeikhAbu Bakar Shaari, kefahaman Kaum Muda di sana banyak dipengaruhi oleh konsep Pan Islamik yang di bawah dari Mesir ,akan tetapi akhir –akhir ini kedudukan kefahaman Islam di Perlis cuba di bawah kepada Fahaman Wahabi, mungkin dari segi keagamaan tidak ada beza yang sangat menjolok akan tetapi kesan jangka panjang dari dua pertembungan ini akan jelas kelihatan, Namun kemungkinan dalam jangka masa panjang golongan wahabi/salafi akan berjaya mengatasi golongan Pan Islamik yang semakin di lupakan orang sejarah kewujudan mereka di sana.Tokoh-tokoh dari Persatuan Islah Perlis semakin lemah pendapat mereka dalam penerimaan masyarakat.

Judul :BAHAGIAN PERTAMA: MEMAHAMI ISLAM DI PERLIS : KAUM MUDA BUKAN WAHABI.
Link :BAHAGIAN PERTAMA: MEMAHAMI ISLAM DI PERLIS : KAUM MUDA BUKAN WAHABI.

Artikel terkait yang sama:


BAHAGIAN PERTAMA: MEMAHAMI ISLAM DI PERLIS : KAUM MUDA BUKAN WAHABI.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BAHAGIAN PERTAMA: MEMAHAMI ISLAM DI PERLIS : KAUM MUDA BUKAN WAHABI."

Posting Komentar