Ikhwan Kajian yang selalu mendapat keberkahan. Informasi atau opini terkadang membuat
kita berdetak kagum dan bangga dengan info tersebut. Dan tidak sadar pula kita kadang selalu terpengaruh akan kata dan bujuk rayuannya.Namuan dengan adanya NASKAH YANG HILANG : KERAJAAN JOHOR -RIAU -PAHANG kita bisa mencari celah kebenaranya tanpa adanya sifat menyalahkannya. Namun hanya mencari letak dasar kebenaranya itu sendiri.
NASKAH YANG HILANG : KERAJAAN JOHOR -RIAU -PAHANG mengajak kita untuk berfikir untuk menambah khasanah keilmuan kita.Dengan adanya kajian tentangnya kita mengerti yang benar dan yang salah.Jadikan memontum ini untuk menguatjan kita.Dan pastikan pula kita selalu mawas diri dalam menghadapi setiap problematik kehidupan kita.Dan selu berhati hati dalam menyikapi segala sesuatunya.
Menurut riwayat Dr Hamka di dalam bukunya “Sejarah Umat Islam”, kerajaan Johor-Riau-Pahang mempunyai tiga peringkat pemerintahan. Kerajaan ini berdiri selama beberapa abad dari tahun 1528 hingga tahun 1800 Masehi. Dalam tempoh yang begitu lama, kita tidak menjumpai tulisan-tulisan hasil karya para ulama di dalam apa bentuk pun samada puisi atau prosa. Kerajaan Johor Lama adalah sebuah kerajaan yang besar menguasai tiga wilayah iaiu kepulauan Riau,Selatan Semenanjung dan Pantai Timur Tanah Melayu.
KERAJAAN JOHOR @ JOHOR LAMA 1528-1673
Setelah kerajaan Melaka alah kepada Portugis, Raja Melaka yang terakhir bersama rakyatnya mengunsi ke Bentan. Dari Bentan mereka kembali ke Johor. Ketika di Bentan, Raja Melaka terakhir mangkat di sana,maka anaknda nya kembali ke Johor,Baginda ia lah Raja Ali, bersama rakyatnya berhasrat untuk merampas kembali Melaka dari tangan Portugis.
Kerajaan Johor mula di bina oleh Raja Ali @ Sultan Alauddin Riaayat Shah bermula dari tahun 1528 hingga ke zaman Sultan Abd Jalil ke 3 pada tahun 1673, Sultan Alaluddin berasa bosan tinggal di Kampar dan berhasrat kembali ke Semenjung Tanah Melayu.Adinda baginda Sultan Muzafar di Perak telah berjaya mendirikan kerajaan Negeri Perak setelah baginda berpindah ke sana. Ini kerana kedudukan kerajaan di Kepulauan Riau tidak begitu baik dari segi kedudukan,pengaruh ekonomi dan jauh dari laluan utama di Selat Melaka. Oleh itu baginda pun pulang ke Johor dan mendirikan kerajaan di sana. Kerja-kerja Sultan Alaudin Riayaat Shah mendapat tentangan dari pasukan tentera Portugis yang sentiasa melakukan serangan demi serangan ke atas Johor. Sehingga akhir hayatnya;usaha ini tidak begitu Berjaya.
Pada tahun 1560 setelah kemangkatan Raja Ali maka dilantik Raja Muzafar mengantikan baginda sebagai Sultan Johor yang ke 2. Baginda memindahkan ibu kota kerajaan Johor ke Kota Seluyut. Kedudukan ini lebih stratejik kerana kota ini lebih terlindung dari serangan Portugis. Baginda membina pelbagai kemudahan dan kota pertahanan bagi mengatasi serangan portugis.Baginda juga mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Pahang,Terengganu,Patani. Kemudian baginda digantikan oleh Sultan Abdul Jalil sebagai raja Johor yang ke 3. Sultan Abdul Jalil seorang raja yang tidak begitu menghiraukan pentadbiran negeri, segala urusan diraja diserahkan kepada adinda baginda Raja Abdullah; semua dasar pemerintahan pada hakikatnya dilakukan oleh permaisuri baginda dengan bantuan Raja Omar dari Terengganu. Apabila baginda mangkat dalam tahun 1597, maka dengan sendirinya Raja Omar dari Terengganu dilantik menjadi raja Johor yang ke 4 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riyaat Shah 11.
Zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil ke 2 dianggap zaman kegemilangan kerajaan Johor,segala urusan pentadbiran berjalan dengan lancer, baginda berbaik-baik dengan Belanda bagi megimbangi kuasa Portugis di Melaka. Boleh dikatakan pasukan tentera Belanda lebih baik,tersusun dan lebih kemas dari pasukan Portugis . Beberapa perjanjian diadakan dengan Belanda bagi menjual hasil rempah dan hutan pada masa itu. Apabila Sultan Alaudin Riayaat Shah 2 menjadi sultan, kedudukan kerajaan Johor semakin baik. Ini kerana Belanda sudah dapat mengalahkan Portugis di Melaka. Kerajaan Johor begitu maju di dalam pelbagai bidang, rakyat semakin ramai dan negeri-negeri lain memberi perghormatan kepada kerajaan Johor kecuali Kerajaan Aceh. Pada masa inilah lahir nya tokoh bendahara yang terkenal juga seorang ulama bernama Tun Seri Lanang. Maka usaha dibuat untuk menulis semula sejarah keagungan kerajaan Melaka bagi menbangkitkan semangat rakyat Johor bagi melawan kuasa luar .Sejarah kejayaan kerajaan Melayu Melaka disusun dalam sebuah kitab bernama “SEJARAH MELAYU”. Usaha menaikkan semangat rakyat ini berjaya maka pada tahun 1606, dengan bantuan pasukan Belanda,kedudukan Portugis di Melaka dapat di hapuskan. Namun usaha ini di curigai oleh Negara Aceh Darul Salam. Maka pada tahun 1613, satu pasukan tentera Aceh datang menyerang Kerajaan Johor. Maka dalam serangan ini kalahlah kerajaan Johor kepada Aceh, maka Sultan Alauddin,Tun Seri Lanang dan Raja Abdullah di tawan dan di bawa pulang ke Aceh.
Apabila Sultan Johor yang ke 5 di tawan Aceh,maka dilantik Sultan Alauddin Riyaat Shah ke 3 menjadi sultan Johor yang baru. Baginda masih meneruskan usaha memajukan kerajaan Johor, baginda juga berusaha menyerang kedudukan Belanda di Melaka setelah pihak Belanda banyak melakukan penipuan dan pengkhianatan. Pada tahun 1640 baginda melakukan serangan besar-besaran ke atas Kota Melaka, pasukan tentera Johor gagal di dalam serangan ini dan baginda sendiri terkorban.
KERAJAAN JOHOR-RIAU TAHUN 1673.
Setelah kemangkatan Sultan Alauddin Riyaat Shah 3, maka keluarga kerajaan Johor tidak mempunyai waris untuk dilantik menjadi raja.maka dilantik Raja Ibrahim dari Pahang sebagai raja Johor yang baru dengan memakai gelaran Sultan Ibrahim Syah. Pada masa ini berlaku pertelingkahan dengan kerajaan Jambi. Maka raja Jambi @Minankabau melakukan serangan ke atas ibu kota kerajaan Johor, maka dengan sebab berlaku kekacauan demi kekacauan,maka Sultan Ibrahim Shah memindahkan ibu kota kerajaan Johor ke Riau. Maka bermula dari saat itu wujudlah kerajaan Johor-Riau. Setelah baginda mangkat dalam tahun 1685, maka penganti beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat di Julang. Sultan Mahmud adalah seorang sultan yang sangat muda, tidak suka menerima nasihat orang lain dan bertindak sesuka hati. Maka dari tindakan itu berlaku lah pelbagai masalah di dalam pentadbiran Negara. Kisah mengenai pembelahan perut seorang wanita mengandung kerana makan “nangka sultan” berlaku di zaman ini. Oleh kerana berlaku keadaan semacam ini maka dilantik lah bendahara yang baik hati yang bernama Bendahara Abdul Majid sebagai penasihat raja. Bendahara Abdul Majid seorang yang baik dan memiliki pengetahuan agama yang tinggi.
KERAJAAN RIAU-JOHOR-PAHANG 17
Dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat di Julang yang tidak mempunyai waris , maka dilantik lah Bendahara Abd Majid sebagai raja yang baru, baginda memakai gelaran Sultan Abdul Jalil ke 4 .Baginda mengistiharkan wilayah kekuasaan baginda meliputi Riau-Johor-Pahang.Maka pada masa ini terkenal motto “Beraja ke Riau,Bertemenggung ke Johor,Berbendahara ke Pahang”. Sultan Mahmud tidak mempunyai anak yang sah menurut riwayat di Johor, tetapi menurut Raja Jambi pula, Sultan Mahmud mempunyai anak bernama Raja KecilBesar dari gundik yang kemudian di kahwini dengan sah tetapi tidak sempat di istiyharkan. Setelah kematian Sultan Mahmud, Raja Jambi membawa Raja Kecil Besar menyerang kerajaan Johor Riau. Serangan demi serangan dilakukan sehingga menyebabkan Sultan Abd Jalil 4 lari ke Pahang, di Pahang berlaku serangan hendap dan Sultan Abd Jalil 4 berjaya di bunuh. Apabila Sultan Abd Jalil 4 meninggal maka dilantik Sultan Sulaiman sebagai raja yang baru memerintah Riau-Johor-Pahang.Bagi mengekalkan kuasa, maka baginda Sultan Sulaiman telah menjemput anak bugis lima beradik membantu baginda melawan pasukan Raja Jambi dan Raja Kecil Besar. Usaha ini berhasil, anak raja bugis lima beradik Berjaya mengalahkan Raja Kecil Besar dan mengembalikan kekuasaan kepada Sultan Sulaiman.Maka kedudukan kerajaan Riau-Johor-Pahang kembali kukuh, anak-anak raja Bugis Lima Bersaudara di lantik menjadi Raja Muda.
Oleh kerana kedudukan Pahang agak jauh dari pusat pentadbiran maka kita dapati suasana politik di Pahang lebih stabil berbanding di Riau dan Johor.
Analisa umum:
Jika melihat kepada satu-satunya karya yang ada di zaman ini, iaitu Kitab Sejarah Melayu yang ditulis semula oleh Tun Seri Lanang, kita dapati tokoh ini bukan sahaja seorang ahli pentabdiran tetapi juga seorang ulama. Melihat kepada pra kata @ muqadimmah buku tersebut ternyata Tun Seri Lanang berkebolehan di dalam Bahasa Arab dengan baik, mari kita lihat apa yang beliau tulis dipermulaan Kitab Sejarah Melayu, beliau menggunakan Khutbah Kalam pada awal penulisan yang konon nya sangat di tuntut di dalam Islam oleh sebahagian ulama:
الحمد لله الذى لااله الا هو وكان فى آزالى لا شئى معه وهو آبادى وسرمدى ولا شئى بعده ثم خلق الخلائق ولا حاجة له ولما عرض أظهر ربوبيته خلق نور ها له ومن ذلك النور خلق أنبيائه وفع ربوبيته واصطفى منه آدم ليظهره نوره فبذلك سجد الملائكة كلهم له وأخرجه من الجنة كان فى حكمته وتفضل عليه بالرية العليا وصار الارض خلقته , سبحان الذى تفرد بالالوهيته ولا شريك له ويفنى الخلائق يعد خلقه ثم بعده , أشهد أن لا اله الا الله وأشهد أن محمدا عبده وؤسوله .........الى آخر الاية
Bahasa Arab beliau agak baik dan tinggi dari segi sudut ilmu tauhidnya.Penggunaan Bahasa Arab yang baik ini menunjjukkan bahawa persekitaran keluarga diraja Johor Lama ketika itu dilengkongi oleh para ulama. Seorang Bendahara yang tentunya sibuk dengan urusan kerajaan,sibuk menyusun pasukan tentera,sibuk menguruskan urusan keluarga diraja; menguasai Bahasa Arab nya begitu baik. Inilah maksud saya “Naskah yang hilang”. Siapa kah para ulama yang membimbing mereka ini,dan di manakah perginya karya-karya ulama ini? Satu persaolan yang sukar di jawab dan dicari jawapan nya……..
Judul :
NASKAH YANG HILANG : KERAJAAN JOHOR -RIAU -PAHANG
Link :
NASKAH YANG HILANG : KERAJAAN JOHOR -RIAU -PAHANG
Artikel terkait yang sama:
NASKAH YANG HILANG : KERAJAAN JOHOR -RIAU -PAHANG
0 Response to "NASKAH YANG HILANG : KERAJAAN JOHOR -RIAU -PAHANG"
Posting Komentar