PERANAN ORANG SYED DI PAHANG SELEPAS ABAD KE 18 M.

Ikhwan Kajian yang selalu mendapat keberkahan. Informasi atau opini terkadang membuat kita berdetak kagum dan bangga dengan info tersebut. Dan tidak sadar pula kita kadang selalu terpengaruh akan kata dan bujuk rayuannya.Namuan dengan adanya PERANAN ORANG SYED DI PAHANG SELEPAS ABAD KE 18 M. kita bisa mencari celah kebenaranya tanpa adanya sifat menyalahkannya. Namun hanya mencari letak dasar kebenaranya itu sendiri.

PERANAN ORANG SYED DI PAHANG SELEPAS ABAD KE 18 M. mengajak kita untuk berfikir untuk menambah khasanah keilmuan kita.Dengan adanya kajian tentangnya kita mengerti yang benar dan yang salah.Jadikan memontum ini untuk menguatjan kita.Dan pastikan pula kita selalu mawas diri dalam menghadapi setiap problematik kehidupan kita.Dan selu berhati hati dalam menyikapi segala sesuatunya.








PRAKATA:



Dalam abad ke 14 dan 15 yakni selepas Pahang jatuh ke tangan Melaka, pedagang asing mula berani masuk ke kawasan pendalaman Pahang, sebelum ini kawasan pendalaman Pahang merupakan kawasa yang bahaya. Ini kerana penduduk pendalaman Pahang sangat benci kepada orangasing yang merompak hasil mahsul ditempat mereka. Para Pedagang asing mula memasuk kawasan Temerloh,Jerantut,Raub dan Kuala Lipis. Mereka membuka pusat perlombongan baru dan meneroka hutan bagi mendapatkan hasil dari alam semula jadi sama daripada pokok-pokok hutan atau dari bintang seperti gajah dan badak. Pedagang ini tidak terbatas kepada Orang Melayu dan Arab sahaja,malah termasuk juga pedangan dari Portugis,Belanda,Perancis dan Inggeris. Bahagian pendalaman Pahang sejak itu juga mula sesak dengan manusia pelbagai bangsa di tambah pula dengan kemasukan beramai-ramai orang Bugis dan Minangkabau dari seberang.Orang Arab di perlukan di Pahang kerana mereka mempunyai pertalian dengan saudagar Arab yang datang dari barat seperti Tanah Arab dan India. Penduduk Pahang memerlukan golongan ini untuk memasarkan barang mereka yang di perolehi daripada hutan di Pahang atau juga memasarkan hasil perlombongan bijih,emas dan batu permata. Hasil hutan seperti kemeyan,gaharu mendapat sambutan hangat dari pedagang Inda dan Arab begitu juga lada hitam yang mendapat sambutan dari saudagar eropah. Urusan perdagangan ini tidak akan berjalan lancer tanpa bantuan Orang Arab yang ada di Pahang ketika itu.Dalam abad ke 17 ,Orang Arab mengambil peranan yang lebih aktif di dalam segi politik, mereka bukan sahaja menjadi saudagar ,guru agama ,kadi dan mufti semata tetapi juga mereka mula mencampuri urusan politik, dengan kelebihan mereka sebagai saudagar dan juga sebahagiannya merupakan cucu Rasullulah mereka mempunyai kelebihan tertentu dan keistemewaan di kalangan Orang Melayu. Mereka telah dilantik menjadi penasihat raja dan berkahwin dengan puteri-puteri raja pada masa itu. Sebahagian mereka dilantik menjadi pembesar-pembesar di dalam istana dan mempunyai kuasa sebagaimana pembesar dan kerabat yang lain.



PERANAN GOLONGAN SYED DI PAHANG.



Pada tahun 1803, Syed Abdul Rahman bin Syed Abdullah telah tiba ke Pahang pada masa pemerintahan Bendahara Tun Koris. Setbanya di Pahang ,rombongan ini memdapat sambutan hangat dari keluarga diraja ketika itu. Syed Abd Rahman sendiri di kahwinkan dngan adik Bendahara Tun Koris yang bernama Cik Tuan Mah Dewi. Perkahwinan ini mengukuhkan kedudukan golongan syed di Pahang setaraf dengan kerabat diraja, mereka di beri kurnia dengan pelbagai gelaran dan juga di beri tanah sebagai penempatan. Keluarga diraja Pahang sangat menghormati golongan ilmuan agama khususnya jika dari keturunan Arab.

Peranan Orang Arab juga pernah di sebutkan oleh  Sheikh Abdullah bin Sheikh Muhammad Riau dalam risalahnya yang bertajuk “Bayan al Syirik”. Beliau menyatakan bahawa tujuan beliau mengarang risalah itu untuk dikirim kepada Mufti Pahang sekitar tahun 1810 yang bernama Habib Muhsin bin Habib Abdul Rahman yang meminta beliau menulis mengenai ajaran Mertabat Tujuh. Pernyataan di sini menjelaskan bahawa golongan syed telah bergitu berperanan di dalam urusan agama sehingga mereka menguasai jawatan mufti di dalam Kerajaan Pahang ketika itu. Selepas penalukaan Acheh ke atas Pahang oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam,pengaruh Hamzah Fansuri telah masuk dengan cepat ke Pahang. Para ulamak di Pahang menyambut baik aliran ini dan mengajarnya kepada masyarakat setempat. Mereka membuka pondok pengajin diseluruh negeri Pahang sebagaimana di ceritakan oleh Tuk Shahibudin di dalam syairnya. Apabila golongan Wihdatul Syuhud yang diketuai oleh Kadi Ismail Bangau tidak berpuas hati dengan keadaan ini maka timbul lah polimik yang panjang mengenai keharusan mempelajari Ajaran Mertabat Tujuh. Adakah ajaranini bersesuaian dengan kehendak Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah?Maka terjadilah perdebatan yang mengambil masa bertahun-tahun,sehingga kembalinya Tuk Shahibudin dari luar negera barulah isu ini agak reda,tambahan lagi fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Acheh menyatakan bahawa ia merupakan satu dari ajaran sesat.

           

            Pada tahun 1838, Munshi Abdullah di dalam bukunya “Pelayaran Abdullah” telah menyebutkan bahawa terdapat perkampungan orang Arab di Kuala Pahang yang dikenali dengan nama Kampung Maulana, beliau menyebutkan bahwa Orang Melayu sangat menghormati golongan itu . Kebanyakan mereka adalah pedagangan dan menjadi ketua upacara keagamaan. Kampung Maulana tidak jauh dari Kuala Pahang dan Kampung Beruas.Sebenarnya banyak kampung di Pekan menjadi kampung yang khusus untuk golongan syed dan mereka yang beketurunan Arab yang mewakili suku-suku mereka seperti  golongan Syed Al Habsi,golongan Syed Al Khudri, golongan  Syed Al Attas dan lain-lain. Di Pahang banyak perkampungan di buka oleh Orang Arab seperti Kampung Parit,Kampung Ketapang Tengah, Kampung Kuala Tekal,Kampung Jenderak, Kampung Ulu Gali dsb.



Pada tahun 1857,  Syed Idrus  berkahwin dengan anak Tun Mutahir dengan diberi gelaran “Engku Syed” dengan gelaran ini bererti Syed Idrus boleh mengantikan raja apabila baginda tidak ada di dalam negeri. Dengan kedudukan ini telah mengangkat kedudukan golongan syed setaraf dengan kerabat diraja,maka rakyat jelata Pahang mula memanggi golongan ini dengan gelaran “Engku” dan berpatik dengan mereka. Kedudukan ini membuka jalan kepada segolongan mereka membuka penenpatan baru seperti Syed Ali Al Khird 1835  ke Jenderak membuka perkampungan di sana dan di lantik menjadi Orang Kaya Jenderak. Sekitar tahun 1850 seorang syed pernah di lantik menjadi Menteri Besar di Negeri Pahang yang dikenali dengan nama Syed Umar.





            Pada tahun 1854 hingga tahun 1863 apabila berlaku “civil war” di antara Tun Mutahir dengan Sultan Ahmad Shah 1, golongan syed terbahagi kepada dua golongan,sebahagian menjadi penyokong kuat Tun Mutahir dan segolongan lagi menyokong Sultan Ahmad 1,mereka memberi sumbangan yang besar di dalam perjungan ini sama ada dari segi semangat, lojistik dan tenaga. Sultan Ahmad Shah 1 mendapat bantuan dari syed-syed dari Johor dan Singapura dengan memberi bantuan senjata dan kewangan. Manakala Tun Mutahir mendapat bantuan dari kaum kerabat Syed Idrus dan syed yang ada di Pahang ketika itu. Sumbagan golongan syed ini di dalam mengukuhkan politik Pahang berterusan sehingga ke Perang Kelang dan Pemberontakan Bahaman. Dengan jasa ini sebahagian mereka menerima imbuhan dari pihak istana samaada menerima hartanah yang luas seperti Syed Hassan Al Attas atau menerima pangkat menjadi Tuk Kaya dan Orang Besar Berempat seperti di Temerloh dan Jenderak.



Pada tahun1882 Dalam lawatan ke Johoe, Sultan Ahmad Shah 1 telah membawa Habib Mohammad Amin mengiringi baginda ke sana. Lawatan ini bertujuan untuk mendapat pandangan dari Sultan Johor bagi merangka perlembagaan dan pentadbian Negeri Pahang, Johore pada masa itu telah memiliki system perundangan dan pentadbiran yang kemas dan lengkap,termasik juga yang diambil perhatian ialah pentadbiran agama dan adat istiadat diraja. Sekembali dari sana Habib Mohammad Amin  telah dilantik sebagai Mufti Pahang  yang pertama selepas campurtangan British.Kadi Ibrahim dari Berhala Gantang dilantik menjadi Kadi Besar yang pertama dengan gaji sebanyak 180.00 setahun.Lawatan ini memberi kesan yang baik kepada perkembangan agama Islam di Pahang kerana pada awal tahun 1900 perkembangan agama Islam di Pahang mula menampakkan hasil dengan tertubuhnya jawatan guru Quraan bagi daerah-daerah seluruh Pahang.



Pada tahun 1920, Muaalim Hasan dengan Cikgu Omar telah mendirikan sebuah sekolah agama moden di Pahang,iaitu Sekolah Menengah Agama Al Attas. Sekolah ini mengikut model yang dikemukan oleh Sheikh Tahir Jalaluddin di Johor.  Sekolah ini mengalami beberapa kali kegagalan dan pernah di tutup,namun jika tidak kerana sumbangan besar dari Syed Hassan Al Attas boleh dikatakan mustahil sekolah ini boleh berjaya. Oleh kerana Syed Hassan merupakan seorang jutawan yang pemurah,belaiu telah menghadiahkan wang dan tanah bagi membangunkan sekolah ini,beliau juga telah membayar gaji  kesemua guru-guru di sekolah tersebut. Bukan itu sahaja Syed Hassan al Attas juga telah menyediakan asrama di Mesir bagi pelajar dari sekolah ini atau mana-mana sekolah agama al Attas yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Pada tahun 1925 didirikan pula sebuah lagi sekolah dengan konsep yang sama di Kampung Kuala Tekal dengan gurubesar yang pertama bernama Syed Abu Bakar bin Syed Abdullah al Khirid. Keistimewaan sekolah ini kerana ia mempunyai bilik kelas,jadual pembelajaran,jadul kedatangan, sistem pembelajaran yang teratur dan sistem peperiksaan dan ujian. Kitab-kitab di ambil dari Mesir dan Tanah Arab. Guru mengajar menggunakan papan hiam dan kapur tulis,murid-murid ada buka teks dan buku tulis. Sekolah jenis ini menjadi ikutan bagi lain-lain guru agama yang membuka sekolah selepas itu terutama dalam tahun 50 dan 60an.



Rujukan Khas : Sejarah Orang Syed di Pahang – Dr Mahyudin Hj Yahya – DBP.

Judul :PERANAN ORANG SYED DI PAHANG SELEPAS ABAD KE 18 M.
Link :PERANAN ORANG SYED DI PAHANG SELEPAS ABAD KE 18 M.

Artikel terkait yang sama:


PERANAN ORANG SYED DI PAHANG SELEPAS ABAD KE 18 M.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PERANAN ORANG SYED DI PAHANG SELEPAS ABAD KE 18 M."

Posting Komentar