MEMAHAMI PERKEMBANGAN HUKUM KANUN  KEDAH 1650-1800

Ikhwan Kajian yang selalu mendapat keberkahan. Informasi atau opini terkadang membuat kita berdetak kagum dan bangga dengan info tersebut. Dan tidak sadar pula kita kadang selalu terpengaruh akan kata dan bujuk rayuannya.Namuan dengan adanya MEMAHAMI PERKEMBANGAN HUKUM KANUN  KEDAH 1650-1800 kita bisa mencari celah kebenaranya tanpa adanya sifat menyalahkannya. Namun hanya mencari letak dasar kebenaranya itu sendiri.

MEMAHAMI PERKEMBANGAN HUKUM KANUN  KEDAH 1650-1800 mengajak kita untuk berfikir untuk menambah khasanah keilmuan kita.Dengan adanya kajian tentangnya kita mengerti yang benar dan yang salah.Jadikan memontum ini untuk menguatjan kita.Dan pastikan pula kita selalu mawas diri dalam menghadapi setiap problematik kehidupan kita.Dan selu berhati hati dalam menyikapi segala sesuatunya.


HUKUM ISLAM DITERIMA SEBAGAI PERATURAN NEGARA.

Apabila Kerajaan Melayu Melaka menerima Islam pada tahun 1414,  sebagai agama baru mengantikan agama lama anutan mereka, maka Kerajaan Melayu-Islam Melaka mengistihyarkan mereka menguna pakai perundangan Islam sebagai peraturan negara. Maka dengan itu dibentuklah satu penyelaras untuk membentuk sebuah perundangan baru yang sesuai dengan Islam. Maka dinamakan kanun baru itu sebagai HUKUM KANUN MELAKA. Oleh kerana Melaka sebuah Negara perdagangan Antara bangsa maka di kanunkan satu lagi peraturan yang diberi nama HUKUM KANUN LAUT MELAKA. Pada tahun 1590 dengan kenaikan Sultan Abd Ghafur Mahayuddin Shah di Pahang, maka baginda membentuk satu penyelaras untuk memperbaiki Hukum Kanun Melaka yang selama ini di pakai di Pahang, maka dibentuk satu hukum kanun baru yang diberi nama HUKUM KANUN PAHANG. Menariknya para ulamak dari Berunai,Patani,Kedah dan Perak dijemput datang ke Pahang bagi merangka Hukum Kanun ini. Para ulamak ini apabila mereka pulang ke Negara masing-masing,maka setiap Negara merangka hokum kanun berdasarkan hokum Islam di Negara mereka, maka terbentuk lah Hukum Kanun Perak,Hukum Kanun Kedah,Hukum Kanun Patani dsbnya.

Undang-undang atau Hukum Kanun Kedah (selepas ini disebut sebagai 'HKK' sahaja) seperti juga dengan undang-undang Melayu lama yang terdapat di negeri-negeri Melayu lain di Nusantara ini adalah berdasarkan Mazhab Al Syafiee namun kebanyakan perundangan ini menerima pakai uruf setempat di dalam mengenakan denda dan hukuman .Di Kedah, penulisan HKK bermula pada 1060 Hijrah (1650 Masihi) lagi, di masa raja-raja Kedah yang terkemudian di tambah lagi beberapa peraturan dan hokum yang sesuai untuk kegunaan semasa. Maka dari perkembangan ini,  HKK  boleh di bahagikan kepada empat bahagian yang masing-masing diberikan judul seperti berikut:

Hukum Kanun Kedah @ Undang-undang Tahun l060 Hijrah (1650 Masihi).

Hukum Kanun Kedah @ Tembera Dato' Paduka Tuan.

Hukum Kanun Kedah @ Hukum Kanun Dato' Kota Star.

Hukum Kanun Kedah @ Fasal Bunga Mas, Alat Kerajaan Pada Masa Bertabal, Orang Besar-Besar dan Adat Meminang.

HUKUM KANUN KEDAH ABAD KE 17 @1650

Dalam kata pengantar bahagian terawal dari HKK itu, penulisnya mencatatkan begini :

"Pada tarikh seribu enam puluh tahun, tahun zai, pada tujuh belas haribulan Jamadilakhir, hari Jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah titah Syah Alam Yang Maha Mulia terjunjung ke atas jemala Paduka Raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Dato' Besar dahulu …………………"

dan pada tempat lain pula penulisnya menyatakan :

"Maka undang-undang ini diperbuat dan zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah semayam di Naga,muafakat dengan sekelian menteri pegawai dan pendita membicarakan dia supaya tetap adat ini janganlah berubah-ubah.............. "

Berdasarkan dua petikan di atas jelas menunjukkan undang-undang itu mula ditulis pada 17 Jamadilakhir 1060 Hijrah yang menurut kiraan saya bersamaan 26 Jun 1650. Sebagai sebuah hasilan karya istana, ternyata penulisan HKK itu dilakukan dengan kehendak atau perintah raja.Kandungan HKK bahagian pertama itu ditulis sesudah berlakunya serangan Acheh (1619) yang waktu itu pentadbiran Kedah berpusat di Kota Siputih. Sultan Sulaiman Shah II, Sultan Kedah yang ke-12 (1602 - 1620) telah ditawan ke Acheh dan akhirnya mangkat di sana (1626). Puteranya Sultan Rijaluddin Muhammad Shah, Sultan Kedah ke-13 (1626 - 1652) telah memindahkan pusat pentadbirannya ke Kota Naga.Dan Kota Naga itulah baginda memerintahkan pembesarnya (Paduka Raja) supaya menyempurnakan penulisan Undang-Undang Kedah seperti yang ternyata dalam dua petikan tersebut. Kandungan bahagian pertama dari HKK itu pada keseluruhannya mencatatkan tentang undang-undang yang berkaitan dengan pelabuhan yang di dalamnya termasuk tatacara mengendalikan pelabuhan, perdagangan dan pesara (pekan/bandar).

TEMBERA DATO PADUKA TUAN ABAD KE 17 @ 1667

Bahagian kedua dari HKK iaitu "Tembera Dato' Seri Paduka Tuan" terkarang pada 1078 Hijrah (1667 Masihi) seperti yang dinyatakan pada bahagian awalnya. Walaupun tidak terdapat nama sultan yang mengarahkan pembesarnya (Dato' Seri Paduka Tuan) untuk menulis undang-undang tersebut, tetapi ia dapat dikenalpasti. Berdasarkan tarikh tersebut (1078 Hijrah), namanya ialah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-15 (1661 - 1687) yang berpusat di Kota Indera Kayangan dalam Negeri Perlis.Kandungan bahagian kedua HKK ini adalah membicarakan tentang kesalahan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang dianggap jenayah dan yang dilarang oleh syarak. Paling banyak diutarakan ialah mengenai undang-undang pertanian dan penternakan. Antaranya seperti perintah membuat pagar di sawah dan hukuman terhadap kerbau dan tuan kerbau jika kerbaunya menceroboh masuk ke sawah orang lain yang sudah berpagar ataupun jika menanduk orang. Adanya peruntukan khusus dalam HKK yang berkaitan dengan persawahan itu, jelas membuktikan bahawa Kedah sejak abad ke-17 lagi telah pun terkenal sebagai sebuah negeri 'jelapang padi' di Nusantara ini.

HUKUM KANUN DATO KOTA STAR ABAD KE 18 @ 1735

Dalam 'Hukum Kanun Dato' Kota Star', bahagian ketiga dari HKK itu tidak tercatat langsung tarikh tercipta dan siapa Sultan Kedah pada waktu itu. Bagaimanapun berdasarkan sumber penulisan sejarah Kedah lainnya, dapat juga kita mengenalpasti. Nama Dato' Kota Star iaitu pembesar yang bertanggungjawab menyiapkan hukum kanun itu adalah satu gelaran penting yang ada kaitannya dengan nama 'Kota Star' iaitu pusat pentadbiran terakhir Negeri Kedah yang kemudiannya dikenali sebagai Alor Star.Kota Star telah diasaskan pada 15 Syaaban 1148 (1735 Masihi) oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, Sultan Kedah ke-19. Baginda memerintah antara tahun-tahun 1710 -1778, di samping peneroka bandar Alor Star, baginda juga mencipta beberapa perubahan dan pembaharuan termasuklah menetapkan matawang baru dan sukatan tanah. Dalam buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ada menyebut tentang arahan baginda supaya menetapkan undang-undang negeri, antaranya ditegaskan:

"Adapun Sultan Muhammad Jiwa Yang Maha Mulia memerintah Negeri Kedah itu adalah mengikut peraturan negeri besar-besar. Baginda itu membuatkan undang-undang, adat dan syarak, serta dipertetapkan masing-masing pegangan di atas segala menteri-menteri tiada boleh menukar pekerjaan masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan itu."

Berdasarkan kenyataan ini, pastilah orang yang bertanggungjawab melahirkan "Hukum Kanun Dato' Kota Star" itu ialah Sultan Muhammad Jiwa itu sendiri. Alasan ini dapat diperkuatkan lagi dengan adanya nama baginda yang disebutkan pada bahagian terakhir dalam HKK yang mengisahkan cara-cara membuat 'Bunga Mas' pada zaman baginda.Hukum Kanun Dato' Kota Star (selepas ini diringkaskan sebagai 'HKDKS') pada keseluruhannya mengandungi lapan fasal iaitu yang berkaitan dengan:

Tugas Temenggung,

Perintah Raja-raja,

Syarat Raja-raja,

Bahasa Raja-raja,

Pakaian Raja-raja,

Lima Perkara yang dibenarkan rakyat biasa melakukannya,

Warna bendera untuk Raja-raja, Menteri dan Hulubalang,

Sifat kebesaran yang ada pada raja-raja dan para pembesar lain.

Seperti juga dengan tugas 'Syahbandar' yang begitu banyak diperkatakan dalam HKK, maka dalam HKDKS tugas 'Temenggung' paling banyak dinyatakan dari fasal-fasal yang lain. Selaku pembesar yang bertanggungawab untuk keselamatan negeri dan kesejahteraan rakyat, beliau bersama pembantunya seramai 60 orang sentiasa melakukan rondaan secara bergilir-gilir, di samping ada yang mengawal penjara. Mereka akan menangkap pesalah-pesalah seperti pencuri, penyamun, pemakan madat, penyabung ayam dan pembunuh orang.

Dari apa yang kita perkatakan di dalam ruangan ini, jelas kepada kita bahawa perkembangan Islam sudah begitu maju dan diterima masyarakat di dalam segenap segi kehidupan. Pada masa itu yakni di dalam abad ke 16,17 & 18, telah wujud golongan agamawan yang utama seperti jawatan Mufti,Kadi Besar,Kadi-kadi, Imam, Hakim dll di dalam pentadbiran Melayu-Islam di Nusantara. Kewujudan hokum kanun Melaka,Hukum Kanun Pahang,Hukum Kanun Kedah,Hukum Kanun Perak mengambarkan ketinggian ilmu dan ramainya bilangan cendikiawan di kalangan umat Melayu pada masa dulu.

Judul :MEMAHAMI PERKEMBANGAN HUKUM KANUN  KEDAH 1650-1800
Link :MEMAHAMI PERKEMBANGAN HUKUM KANUN  KEDAH 1650-1800

Artikel terkait yang sama:


MEMAHAMI PERKEMBANGAN HUKUM KANUN  KEDAH 1650-1800

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MEMAHAMI PERKEMBANGAN HUKUM KANUN  KEDAH 1650-1800"

Posting Komentar